Isi Kandungan
Contoh-contoh Laporan
-
Senarai Nama Pelajar
Senarai nama ini mengandungi senarai nama pelajar sesuatu kelas. Senarai
nama ini boleh digunakan untuk mengisi markah secara manual atau
lain-lain bagi kelas itu.
-
Analisis Markah Pelajar
Laporan ini mengandungi markah bagi semua pelajar untuk setiap mata
pelajaran. Di hujung sebelah kanan laporan ini terdapat jumlah markah,
peratus lulus, kedudukan kelas dan kedudukan tingkatan.
-
Analisis Kelas
Laporan ini mengandungi bilangan lulus dan peratus lulus sesuatu mata
pelajaran. Ia juga mempunyai gred purata mata pelajaran (GPMP) dan
gred purata keseluruhan (GPK).
-
Analisis Tingkatan
Analisis Tingkatan merangkumi semua mata pelajaran yang diambil di
sesuatu tingkatan bersama bilangan lulus dan peratus lulus mata pelajaran
tersebut.
-
Analisis mata pelajaran tingkatan mengikut kelas
Analisis ini adalah pencapaian sesuatu mata pelajaran mengikut kelas.
-
Slip Keputusan Pelajar
Slip keputusan pelajaran adalah keputusan individu pelajar untuk
diberi atau ditampal dalam buku laporan kemajuan murid.
-
Slip Keputusan MUET
Slip ini adalah khas untuk pelajar tingkatan enam yang mengambil subjek
MUET.
-
Graf prestasi pelajar
Graf ini menunjukkan prestasi individu pelajar bagi ujian-ujian yang
diambil pada tahun semasa. Sistem Pemarkahan adalah satu-satunya sistem
yang boleh membuat graf bagi setiap pelajar dengan pantas.
-
Head Count 2 (HC2)
Head Count 2 (HC2) adalah senarai nama pelajar bersama
Take of Value (TOV) dan sasaran pencapaian (ETR) bagi tahun semasa.
-
Head Count 3 (HC3)
Head Count 3 (HC3) adalah keputusan pelajar sesuatu kelas untuk sesuatu
mata pelajaran bagi ujian-ujian tahun semasa bersama TOV dan ETR.
-
Head Count 4 (HC4)
Head Count 4 (HC4) adalah laporan yang merangkumi TOV dan ETR bagi
pelajar-pelajar sesuatu kelas untuk setiap mata pelajaran yang
diambilnya.
-
Head Count 5 (HC5)
Laporan ini adalah sasaran gred purata sesuatu tingkatan dengan
membandingkan TOV bagi setiap mata pelajar tingkatan tersebut.
Kembali ke atas